Badal Haji Terbaik : Kenapa Anda Perlu Guna Servis Upah Haji Zaytouna
Khas buat anda yang sedang mencari program upah haji atau badal haji pada harga yang berpatutan dan dipercayai, anda boleh dapatkan servis upah haji atau badal haji ini daripada Zaytouna Sdn. Bhd yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 1374167-T.
Segala urusan berkaitan pelaksanaan Badal Haji Zaytouna dipantau oleh pihak syarikat dan Ustaz Rashid yang merupakan graduan daripada Universiti Ummul Qura Mekah. Para pelaksana juga merupakan pemastautin tetap Mekah, pekerja di Haramain, warga Nusantara di Mekah dan juga pelajar daripada madrasah atau pondok tempatan.
Pengalaman Zaytouna Sdn. Bhd.
Zaytouna Sdn. Bhd bukan sahaja mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam bab upah haji semata-mata. Banyak juga program-program lain seperti korban dan juga wakaf yang diuruskan oleh mereka di Mekah.
Sehingga ke hari ini, lebih daripada 3,772 peserta telah mendapatkan khidmat upah haji daripada pihak Zaytouna. Hal ini pula turut disokong dengan kekuatan tenaga kerja yang ramai bagi memastikan pengurusan upah haji ini dapat diuruskan dengan sebaiknya.
Ditambah pula dengan jumlah pelaksana upah haji yang ramai bernaung di bawah Zaytouna Sdn. Bhd, lebih ramai peserta yang dapat diuruskan dalam satu-satu musim haji. Jadi, tidak timbul isu seperti seorang pelaksana yang melaksanakan upah haji untuk lebih dari seorang individu dalam satu musim haji.
Kenapa pilih Zaytouna Sdn. Bhd?
Seperti apa yang dikongsikan oleh para peserta program yang dikendalikan oleh pihak syarikat, antara perkara yang membuatkan para peserta yakin dan senang berurusan adalah:
1. Syarikat berdaftar
Zaytouna Sdn. Bhd berdaftar dengan SSM sekaligus meyakinkan para peserta bahawa syarikat ini adalah sah untuk beroperasi di sisi undang-undang. Selain itu, ia membuktikan juga bahawa syarikat serius dalam menjalankan operasi.
2. Servis profesional
Pihak syarikat sangat menitik beratkan etika dan adab sewaktu berurusan dengan para peserta. Layanan mesra dan profesional menjadi kunci kepada kepuasan dan kepercayaan peserta terhadap pihak syarikat.
Selain itu, pihak syarikat juga memastikan segala borang, invois, resit dan sijil mempunyai nombor siri rasmi bagi memastikan wujudnya hitam putih untuk mendapatkan kepercayaan para peserta.

3. Tiada caj tersembunyi
Pihak syarikat tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi di dalam setiap pakej untuk program upah haji yang ditawarkan. Sebagaimana jumlah yang tertera, begitulah jumlah yang perlu dibayar oleh peserta.
4. Tiada orang tengah
Segala urusan boleh dilakukan secara terus menerusi nombor telefon rasmi syarikat atau hadir ke pejabat operasi. Semua ini bagi mengelakkan sebarang potensi untuk berlakunya penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
5. Kelebihan Zaytouna Sdn. Bhd
Selain itu, pihak syarikat turut menawarkan banyak pakej sesuai dengan bajet para peserta. Ia turut disekalikan dengan beberapa program lain seperti:
- Upah umrah
- Korban di Mekah
- Wakaf al-Quran di Mekah

Para peserta juga akan turut diberikan sijil dan air zam-zam sebanyak 5 liter untuk setiap pakej. Apa yang lebih menarik adalah, bagi pakej upah haji tahun 2023 ini, setiap pakej diberikan diskaun sehingga RM650. (tawaran ini terhad. sila semak dengan kami untuk tawaran terkini)
Untuk informasi lanjut mengenai setiap pakej yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web Zaytouna.