pejabat zaytouna_upah_badal_haji
| | |

Servis Upah Badal Haji : Cara Pilih Agensi

Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu apabila melibatkan hal-hal berkaitan ibadat. Terlalu ramai yang menawarkan program-program atau pakej-pakej yang mampu memudahkan urusan umat Islam.

Sebutlah apa sahaja yang terlintas di fikiran anda seperti sedekah, derma, wakaf, korban, akikah dan juga upah haji. Pasti ramai yang mampu untuk memudahkan urusan anda dalam melaksanakannya.

Namun, anda masih perlu berhati-hati kerana ramai juga yang mengambil kesempatan sekalipun ia melibatkan agama. Dalam perkongsian kali ini, kami ingin sentuh beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian untuk memilih agensi terbaik yang melaksanakan program upah haji.

Semua ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menghadapi isu yang serius atau ditipu. Jom baca!

Maksud Upah Haji

Upah haji atau badal haji ialah ibadat haji yang dilaksanakan oleh seseorang individu bagi pihak individu lain yang terhalang daripada melakukan ibadat tersebut disebabkan oleh beberapa halangan menurut syarak.

Ada beberapa hadis yang sahih yang membenarkan perbuatan ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan Ibni ‘Asakir yang bermaksud,

“Barangsiapa yang mengerjakan haji bagi kedua ibubapanya selepas wafat mereka, maka disuratkan oleh Allah baginya kelepasan dari neraka dan orang yang dihajikan baginya pahala satu haji yang sempurna dan tiada kurang pahala dari keduanya sedikitpun”.

Terdapat dua jenis cara upah haji atau badal haji ini boleh dilaksanakan:

  1. Tanpa upah (istinabah)
  2. Dengan upah (isti’jar)

Untuk cara pertama, biasanya ia melibatkan anak atau waris kepada ibubapa atau individu yang telah meninggal dunia. Manakalah cara kedua pula melibatkan mereka yang selain daripada waris terdekat atau upah sahaja agensi yang menguruskan upah haji ini.

Cara Pilih Agensi Badal Haji Yang Betul

Ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan bagi mengelakkan masalah seperti ditipu oleh agensi dan sebagainya. Antaranya adalah:

1. Pilih syarikat yang berdaftar

Penting bagi anda memilih syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hal ini kerana jika berlaku isu yang tidak diingini, anda boleh untuk mendapatkan maklumat syarikat tersebut bagi menyelesaikan isu tersebut.

Contoh bukti : Zaytouna Sdn. Bhd. (1374167-T) adalah syarikat berdaftar dengan SSM berpengalaman dalam menyediakan khidmat Badal Haji & Umrah dengan telus dan amanah sejak May 2016.

2. Pelaksana upah haji yang berkelayakan

Ramai yang melakukan kesilapan dalam memilih pelaksana. Bagi kebanyakan kes, pelaksana tidak memenuhi syarat-syarat upah haji dengan sempurna. Antaranya adalah, pelaksana sendiri belum mengerjakan haji bagi dirinya sendiri, melakukan upah bagi lebih dari seorang individu dalam satu musim dan lain-lain.

Contoh bukti : Zaytouna Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam menguruskan Badal Haji. Urusan pelaksanaan Badal Haji Zaytouna dipantau oleh pihak syarikat dan Ustaz Rashid graduan Universiti Ummul Qura Mekah.

3. Mempunyai pejabat tetap

Ia juga penting bagi memastikan jika terdapat sebarang isu yang timbul, mudah untuk anda hadir ke pejabat agensi upah haji tersebut. Antara isu yang biasa dihadapi adalah wakil agensi tidak lagi aktif atas beberapa faktor seperti berhenti kerja, meninggal dunia, sakit dan sebagainya.

Isu lain pula mungkin anda tidak yakin bahawa anda sedang berurusan dengan individu daripada agensi tersebut atau scammer. Jika ada pejabat tetap, anda boleh menarik nafas lega dan teruskan dengan agensi tersebut.

Contoh bukti : Alamat pejabat Zaytouna

4. Servis profesional

Apa-apa sahaja urusan anda dan pihak agensi perlulah mempunyai hitam putih yang sah seperti invois, resit, borang, sijil dan sebagainya. Selain itu, pastikan juga pihak agensi mesra dan mudah berurusan.

Semua ini kerana anda membayar untuk servis tersebut maka anda berhak untuk mendapatkan layanan yang sewajarnya daripada pihak agensi. Pilih juga agensi yang mudah untuk dihubungi.

5. Tiada caj tersembunyi

Fahamkan dengan jelas terlebih dahulu bentuk bayaran atau caj yang terlibat di dalam pakej upah haji yang anda pilih. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di antara pihak anda dan juga pihak agensi.

Tiada masalah untuk anda bertanya secara terus jumlah penuh atau jumlah sebenarnya yang anda perlu bayar. Dapatkan juga hitam putih akan jumlah tersebut bagi mengelakkan berlakunya isu di kemudian hari.

6. Tiada orang tengah

Apa yang paling penting adalah, elakkan dari berurusan dengan orang tengah. Pastikan anda berurusan secara terus atau secara langsung dengan wakil agensi upah haji tersebut.

Hal ini kerana banyak isu yang berlaku di mana orang tengah menghilangkan diri atau tidak melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Kesimpulan

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian cara memilih agensi upah haji yang anda boleh praktikkan bagi mengelakkan anda daripada ditipu. Jangan ambil mudah kerana ramai individu atau agensi di luar sana yang cuba untuk mengambil kesempatan dalam urusan-urusan berkaitan ibadat seperti ini.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *