Kadar atau Harga Upah Badal Haji
Upah haji atau badal haji adalah mengerjakan haji oleh orang yang masih hidup yang telah mencukupi syarat upah haji untuk seseorang yang telah meninggal dunia namun masih berhutang tanggungjawab menunaikan haji yang belum ditunaikan sewaktu hayatnya.
Begitu juga untuk orang yang tidak mampu untuk mengerjakan ibadat haji ini disebabkan oleh sakit yang tiada harapan untuk sembuh atau keuzuran lain yang diharuskan oleh syarak. Mereka juga boleh mewakilkan individu lain untuk mengerjakan haji bagi pihak diri mereka.
Upah haji atau badal haji ini boleh disertakan bersama-sama dengan upah atau tanpa upah. Bagi badal haji tanpa upah biasanya melibatkan anak yang mengerjakan haji bagi pihak kedua ibubapanya.
Ia telah dilaksanakan dari dulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas yang bermaksud,
“Seorang perempuan daripada puak Khath’am telah datang (menemui Rasulullah S.A.W.) dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibadat haji telah difardhukan oleh Allah S.W.T. ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah berusia lanjut dan tidak mampu lagi untuk berada di atas tunggangan (untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji), adakah dia wajib menqadha’kannya dengan cara aku lakukan ibadat haji tersebut bagi pihaknya? Rasulullah S.A.W. bersabda: Ya.”
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda kadar atau harga upah haji atau badal haji ini. Jom baca!
Harga Upah Haji / Badal Haji
Tidak dapat dinafikan bahawa isu harga seringkali menjadi isu untuk apa jua perkara. Masalah yang sama juga dialami dalam upah haji atau badal haji. Banyak kadar atau harga yang dikeluarkan oleh agensi umrah dan haji serta individu perseorangan yang menjalankannya.
Seperti yang dikongsikan awal tadi, terdapat dua jenis cara upah haji atau badal haji ini boleh dilaksanakan:
- Tanpa upah (istinabah)
- Dengan upah (isti’jar)
Di Malaysia dan juga di negara-negara lain, ramai orang Islam yang memilih atau mengamalkan upah haji atau badal haji yang berserta dengan upah. Jadi, mereka harus jelas dan faham akan peraturan atau syarat upah dan akad yang telah ditetapkan.
Hal ini adalah bagi memastikan semuanya berlandaskan syarak dan tidak timbul sebarang kemungkinan yang boleh membatalkan ibadat tersebut. Sekiranya ia berlaku, maka sia-sialah ia dilakukan.
Anggaran Harga Upah Haji 2023 :
Anggara harga pakej bagi urusan melakukan badal ialah RM2000-3000 seorang. (bergantung pada pakej & promosi terkini)
Bagaimana dengan pakej badal haji yang berharga RM1500?
Nasihat kami : sila berhati-hati dengn pakej yang ditawarkan serendah begitu.
Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berucap pada Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Penyampaian Amanat Menteri di Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. pada 27 JUN 2022 :
“Apabila khidmat ditawarkan itu agak murah, itu perkara yang meragukan, kita bimbang itu bukan badal haji. Macam tidak logik harga murah.
“Hendak buat badal haji juga kena bayar kos, sebab itu Persatuan Penuntut-Penuntut di Madinah mengeluarkan syarat sekurang-kurangnya RM12,000 kos untuk membuat badal haji, macam kita pergi haji sebenarnya.
Cara melaksanakan badal haji beserta upah
Untuk pelaksanaan upah haji atau badal haji berserta upah (isti’jar), ia boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu:
- Ijarah ’Ain : Iaitu menetapkan / mengupah individu tertentu (yang mengaku sendiri) untuk mengerjakan upah haji atau badal haji.
Jenis ini tidak boleh ditukar / diganti oleh individu lain untuk mengerjakannya selain individu seperti apa yang telah ditetapkan di dalam akad.
Sebagai contoh, seorang individu yang sakit dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh berkata kepada penerima upah haji dengan lafaz, “Aku upah kamu menunaikan haji bagi diriku”.
Ini bermaksud penerima upah haji tersebut yang perlu melaksanakannya sendiri dan tidak boleh diamanahkan kepada orang lain untuk melaksanakannya.
- Ijarah Zimmah (Zimmiyah) : Iaitu penyerahan tanggungjawab untuk melaksanakan haji kepada seseorang. Sebagai contoh, “Aku serahkan tanggungjawab untuk menunaikan haji bagi pihak bapaku dengan bayaran RM XXX.”
Jenis ini pula tidak disyaratkan penerima akad tersebut untuk melaksanakan haji tersebut sendiri. Ia boleh dilaksanakan oleh individu lain untuk mengganti dan mengerjakannya. - Agensi atau wakil pengendali program upah haji atau badal haji boleh mengambil sejumlah wang yang munasabah dari orang yang mewakilkan sebagai bentuk bayaran pengurusan.
- Sekiranya ada dinyatakan tahun untuk melaksanakan ibadat haji tersebut di dalam akad oleh orang yang mewakilkan, maka penerima atau pelaksana haruslah menunaikan ibadat haji tersebut dalam masa yang telah ditentukan.
Kesimpulan
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai kadar atau harga untuk upah haji atau badal haji. Besar kemungkinan harga yang ditawarkan berbeza-beza namun perbezaannya tidaklah terlalu ketara.
Jika anda merasakan harga yang ditawarkan munasabah dan anda mampu untuk membayarnya, teruskan sahaja. Jika tidak, berusahalah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai dengan kemampuan anda.
Apapun, pastikan segala syarat berkaitan upah haji atau badal haji ini mampu disempurnakan dengan sebaiknya oleh pelaksana. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda.